Sabtu, 6 Ogos 2011

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU

Entah angin apa yang membuai hari ini,membuatkan aku begitu barani mencoretkan seuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali.Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa.Apatah lagi meluahkan  sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya.Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu,itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku, kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu,tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil –alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi kau telah wujud dalam diriku sejak dari dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu..

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu,apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin malarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana sayyidah Aisyah r.a  pernah berpesan : “sebaik- baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu rupa seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH nanti? Adakah itu merupakan sumbangan  dariku untuk manusia selama aku hidup di muka bumi ini?! Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dulu;lah yang perlu menundukkaan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi sumaiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah berjanji untuk perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik ?!

Tidak ku nafikan sebagai remaja,aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu..ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih ynag tulen.

Diriku yang lemah ini sememangnya sedang duji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Au dengan menolak , berbagai-bagai dalil aku kemukakan ,tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa kehidupanku  seolah-olah  tidak tenang ssebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?! Aku beristigfar memohon keampunan –Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik  Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Dimana saja aku berada ,akal sedarku membuat perhitungan dennganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata seedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud dimana- mana. Tetapi aku punyai keinginan seperti wanita solehah ang lain ,dilamar lelaki yang bakal dinobat ssebagai ahli syurga,memimpinku kearah tuju yang satu.

Tidk perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf r.a, juga harta seluas perbendaharaan  Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w yang mampu mendebarkan hati jutaa gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohkku yang tertulis di Luh Mahfuz,ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku dan jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi , selagi kita tidak diikat denagn ikatan yang sah,selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlaakuan itu akan member kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan akku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang di janjikan ALLAH dengan kenenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku…….<3

Aku pasti berendam air mata darah ,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku, Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuuh hatimu dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta lebih abadi daripada cinta biasa.. moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di SYURGA……

Wallahua’lam………………..

Luahan hati seorang hamba ALLAH yang kerdil lagi penuh dosa….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.